Siakap Keli

Ada Orang Jepun Cemburu Lihat Malaysia ‘Handle’ Kes Covid-19, Berbeza Dengan Negara Mereka

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Negara Jepun sering dipandang sebagai sebuah negara yang maju dan sempurna dari segala aspek. Setiap pemerintahan negara di dunia ini sudah semestinya mempunyai pelbagai kepincangan namun langkah yang sebetulnya perlu diambil bagi menjaga kepentingan rakyat.

Menerusi satu kiriman di Facebook Mohd Zailee, beliau memuatnaik quote di Twitter yang memaparkan seorang warganegara Jepun yang memuji  Malaysia dalam menguruskan wabak  Covid-19 dan menghargai penat lelah rakyat berbeza dengan apa yang berlaku di negaranya sendiri.

Ada orang Jepun quote tweet Jabatan Penerangan. Tweet dia tu dapat retweet lebih daripada 13 ribu. Aku curious nak tahu apa benda yang tweet tu cakap. Mujurlah ada fungsi Google Translate.

Rupanya orang-orang Jepun tengah puji negara kita. Mereka cemburu dengan cara kita handle penularan wabak Coronavirus. Berbeza dengan cara negara mereka.

Begini lah sesebuah negara yang betul- betul ingin membendung jangkitan terus tersebar kepada orang awam. 

Kita, Malaysia dianggap sebagai negara yang ambil berat tentang rakyat dan rakyat dianggap sebagai manusia. Mereka pula dianggap sebagai sumber semata-mata. Bukan sebagai manusia.

Perbezaan di antara Malaysia dan Jepun adalah sama ada mereka menganggap ‘manusia’ atau ‘sumber’ semata-mata. 

Ini aku cakap ikut tweet ni lah. Mungkin korang ada pengalaman berbeza bila berinteraksi dengan orang Jepun. Mungkin korang boleh la cakap “ehhh aku jumpa Jepun dulu adab dia sopan bla bla bla.” Yang itu lantak kau lah.

Dalam banyak aspek seperti pendidikan, teknologi, dan material, Jepun jauh lebih maju daripada kita. Tapi dari segi kemanusiaan, kita dilihat lebih baik daripada mereka.

Kesimpulannya, grass is greener on the other side of the fence.

Lawati perkongsian di bawah untuk melihat lebih lagi pujian yang dilontarkan kepada Malaysia dalam usaha menangani wabak ini.

Ada orang Jepun quote tweet Jabatan Penerangan. Tweet dia tu dapat retweet lebih daripada 13 ribu. Aku curious nak tahu…

Posted by Mohd Zailee on Saturday, 15 February 2020

Sumber: Mohd Zailee

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.