Siakap Keli

“Setiap Jumaat Abang Mesti ‘Jumpa’ Abah,” Sayunya Lihat Anak Autisme Ini Lepaskan Rindu Kepada Arwah Bapanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah untuk menerima pemergian orang yang tersayang terutamanya ahli keluarga sendiri. Wujudnya ruang-ruang kosong yang akan sentiasa menjentik hati mengingatkan kembali segala kenangan bersama.

Benarlah, rindu yang paling sakit adalah rindu kepada orang tersayang yang telah pergi buat selamanya. Walau ada cuba ‘ditutup’ dengan perbuatan, tetapi di dalam lubuk hati hanya Allah yang tahu.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Aktivis Masyarakat, Puan Natipah Abu menerusi Facebook miliknya, beliau memuatnaik gambar seorang anak autisme yang terbaring di tepi kubur arwah bapanya. Anak syurga itu sering menziarahi kubur tersebut pada setiap hari jumaat dan sering ‘berbicara’ dengan arwah yang dipanggil sebagai Abah.

Sebelum memulakan kisah, Nazren Firdaus merupakan anak kepada Allahyarham Ustaz Abdul Halid dan Ustazah Fauziah yang juga merupakan kenalan kepada penulis, walaupun dilihat anak syurga ini dengan dunianya dia tersendiri, tapi Abang merupakan anak yang hebat mendapat didikan cukup sempurna daripada kedua-dua ibu dan abahnya.

Abang memang seorang yang cukup meraikan ahli keluarganya, bila kakaknya pulang, abang orang pertama akan menyambut dengan caranya tersendiri, itulah abang, bayangkan bila abang hilang orang paling dia sayang yang sebelum ini sentiasa ada di sisi, orang yang mandikannya, pakaikan baju dan segala urusan hariannya.

Jom baca kisah dikongsikan Kak Pah.

RINDU SEORANG ANAK SYURGA 

Betul kata orang … sakitnya merindu kepada yang telah tiada. Tak ada satu ayat pun mampu menggambarkan tentang betapa dalam dan betapa sakitnya rindu itu …

Luluh hati menatap gambar anakanda Muhammad Nazren Firdaus atau mesra dipanggil Abang … seorang anak autisme yang telah kehilangan arwah Abah tersayang April lalu.

Kak Pah kenal Abang sejak Abang masih kecil. Abang anak kenalan rapat Kak Pah. Sangat rapat sekali …
Sungguh pun Abang tak pandai membilang hari .. tetapi bila tiba hari Jumaat … Abang seakan tahu, Abang akan jumpa Abah.
Tidak kira apa pun alasannya .. setiap Jumaat .. Abang mesti akan jumpa Abah.

Bila sampai di pusara Abah, Abang akan pegang nisan Abah seolah Abang sedang pegang tangan Abah.Abang akan cakap dengan Abah .. seolah Abang sedang bercakap dengan Abah ketika hayat.

Abang akan baring di sisi pusara Abah seolah-olah Abang sedang baring di sebelah Abah sejak lebih 20 tahun lalu. Abang buat seolah-olah Abah ada di depan mata …Kak Pah dan semua ahli keluarga sedia maklum … arwah terlalu sayangkan Abang. Arwah bimbang sekali tentang masa depan Abang tanpa arwah kelak.

Allah itu sebaik perancang .. merancang segalanya dengan rahmat dan rahmah. Setelah arwah pergi .. Alhamdulillah , Abang baik-baik saja.
Cuma rindu Abang pada Abah yang selalu mandikan Abang, gosokkan gigi Abang, pakaikan Abang baju, suapkan Abang makan, main dengan Abang dan bawa Abang ronda-ronda dengan motor … hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.
Doakanlah Abang ya …

Sumber: Natipah Abu

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa