Siakap Keli
Foto: National Geographic / Todd Martin

Suka Di Perairan Cuaca Panas, Kenali Obor-Obor ‘Berbisa’ Yang Ditemui Di Pantai Pulau Kekabu

Baru-baru ini digemparkan tentang penemuan sejenis obor-obor di Pantai Pulau Kekabu yang katanya boleh memudaratkan anda jika terkena sengatan daripada haiwan tersebut. Walaupun ianya kelihatan cantik dan menarik perhatian sesiapa saja yang menemuinya. Namun, sekiranya tersentuh ia amat berbisa dan menyakitkan.

Portugues Man-of-War bersifat karnivor

Foto: National Geographic / Todd Martin

Dikenali sebagai Portugues Man-of-War atau nama saintifiknya adalah Physalia physalis. Haiwan ini bersifat karnivor iaitu  haiwan yang memakan haiwan lain (daging) sahaja.

Saiz obor-obor ini adalah 12 inci panjang, 5 inci lebar dan boleh memanjang sehingga 165 kaki bersamaan tinggi seorang lelaki bersaiz 6 kaki.

Bagi sesiapa yang kurang mengenali obor-obor ini, pasti mereka akan melakukan satu kesalahan besar di mana mereka akan mengalami kesakitan. Obor-obor ini bukanlah seperti yang kita sangkakan. Ia adalah siphonophore yang membolehkan ia menyedut haiwan lain untuk bekerjasama dengannya. Dengan kata mudah, haiwan ini bersifat koloni.

Macam mana nak kenali obor-obor ini?

Foto: National Geographic / Todd Martin

Anda boleh perhatikan pada sesungutnya yang panjang daripada obor-obor biasa. Panjang sesungutnya boleh mencecah tinggi seorang lelaki. Haiwan ini menggunakan sesungutnya sebagai senjata untuk menyegat mangsa (haiwan lain) sehingga lumpuh.

Selain itu, warna obor-obor ini sangat menarik sehingga digelar sebagai ‘bluebottles’ kerana ia berwarna ungu kebiruan pada ‘beg udara’ haiwan tersebut.

Foto: National Geographic / Todd Martin

Biasanya, obor-obor ini mampu membuat haiwan-haiwan kecil lumpuh. Namun, terhadap manusia pula jika terkena bisanya akan terasa sangat sakit tapi jarang sekali nyawa terancam.

Obor-obor ini boleh ditemui dalam keadaan berkumpulan yang boleh mencecah sehingga 1,000 ekor. Ia juga terapung diperairan yang bercuaca panas di seluruh dunia. Besar kemungkinan, penemuan obor-obor ini di perairan pantai Pulau Kekabu kerana cuaca yang sesuai dengan pembiakannya.

Untuk mengelak daripada ancaman, mereka akan bertindak mengecilkan ‘beg udara’ dan tenggelam sebentar di bawah air laut.

 

Sumber: National Geographic

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)