Siakap Keli

(Video) Penyerang Porto FC ‘Rayu’ Keluar Padang, Didakwa Jadi Mangsa Rasis ‘Fans’

Penyerang pasukan gergasi Portugal, Porto FC Moussa Marega terpaksa merayu untuk dikeluarkan dalam satu perlawanan liga yang berlangsung di Vitoria Guimares selepas mendakwa bahawa para peminat di stadium bertindak mencemuhnya dengan menggunakan isu perkauman sebagai modal walaupun pasukannya itu sedang mendahului perlawanan.

Marega, 28, mula berjalan ke pintu keluar pada minit ke-69, 9 minit selepas dia menjaringkan gol yang berjaya membantu pasukannya itu memangi perlawanan tersebut.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa Marega berang dan menunjukkan isyarat thumbs down ke atas tindakan yang dilakukan oleh para peminat di stadium pada ketika itu.

Walaupun rakan sepasukan serta pemain pasukan lawan cuba untuk memujuknya agar terus bermain, dia tetap mahu dikeluarkan juga.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Marega telah menyatakan kepada penyokong pasukannya bahawa “Siapa yang datang stadium dan turut ikut serta dalam laungan itu adalah bod**”.

Pengurus pasukan Porto Sergio Conceicao menyatakan: “Kami semua adalah satu keluarga tanpa mengira kewarganegaraan, warna kulit, warna rambut. Kami adalah manusia, kami layak dihormati. Apa yang berlaku di sini sangatlah tidak patut.

“Kami sangat berang dengan apa yang terjadi. Saya tahu semangat yang wujud dalam kalangan peminat Vitoria bagaimana dan saya rasa kebanyakan peminat tidak sedar bahawa mereka telah dipengaruhi oleh segelintir peminat yang menghina Moussa sejak dari dia memanaskan badan sebelum perlawanan bermula.”

Rakan sepasukannya yang lain iaitu Alex Telles, Sergio Oliveira dan Ivan Marcano kesemuanya cuba untuk menghalang Marega supaya tidak meninggalkan padang namun dia tetap bertegas dan terus meluru ke arah terowong untuk masuk ke bilik persalinan.

Untuk rekod, Marega pernah menghabiskan semusim bersama Vitoria pada musim 2016-2017, dan telah berjaya menjaringkan 15 gol dalam 25 perlawanan untuk kelab tersebut.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa