Siakap Keli

“Dia Selalu Ketawa Terus”, Baim Wong Hiba Pemergian Sahabat

Berita pemergian Ashraf Sinclair mengejutkan semua orang termasuk rakan-rakan artis serta netizen yang tidak menyangka bahawa pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia kerana masalah jantung.

Ramai rakan-rakan artis di Malaysia dan Indonesia yang menzahirkan ucapan takziah termasuk Baim Wong yang mengenang kembali saat-saat bersama dengan Ashraf.

Memuatnaik gambar dirinya  bersama arwah, Baim Wong menulis kapsyen yang meruntun hati netizen.

Begini rasanya ketika kehilangan sahabat.

Lama tak pernah bertemu. Tapi bila ada kesempatan bertemu, kita tahu bahawa antara kita berdua ada perasaan sangat dekat di antara satu sama lain. 

Setiap ada pertemuan yang tidak disengajakam selalu menjadi pertemuan yang lama.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya, semoga semua amal ibadahnya diterima di sisiNya dan semoga Allah memberikan ketabahan kepada Bunga dan Noah.

Saya akan selalu ada untuk keluarga mereka.

https://www.instagram.com/p/B8sOAkwHOTY/

Baim Wong juga turut menitip nasihat kepada ramai orang supaya tidak menangguhkan perkara penting seperti solat.

Dengan meninggalkanya sahabat saya ini, menjadi sebuah pelajaran berharga bagi saya mengenal erti yang sebenar.

Sumber: Baim Wong

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa