Siakap Keli
Gambar via Google

‘Dicampak’ Dalam Semak Lepas Dirogol, Kematian Gadis Cetus Kemarahan

Seorang kanak-kanak perempuan telah dirogol, dibunuh dan dibuang ke dalam semak di Pakistan sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh negara.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada hari Ahad selepas hilang daripada rumahnya di Saro Khel, sebuah kampung di rantau barat laut Khyber Pakhtunkhwa.

Kanak-kanak perempuan itu juga dikatakan berusia dalam lingkungan tujuh hingga ke sembilan tahun,

Kredit Foto: Daily Mail

Menurut Daily Mail, selepas mayatnya ditemui, keluarga dan penduduk tempatan lain keluar ke jalanan dan membentuk sekatan jalan untuk menuntut keadilan bagi kanak-kanak itu.

Walau bagaimanapun, perhimpunan tersebut berakhir selepas polis tempatan tiba.

Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara dengan banyak pihak menjadikan media sosial sebagai platform untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa.

Kredit Foto: Daily Mail

Rang undang-undang yang menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan mencadangkan hukuman telah diluluskan oleh Dewan Negara pada bulan Januari. Ia dinamakan sempena nama seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun yang telah diperkosa dan dibunuh di Kasur pada tahun 2018.

Kes tersebut membangkitkan protes di seluruh negara selepas ditemui dibuang di dalam tong sampah.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa