Siakap Keli
Gambar: Bernama

Dua Hektar Kawasan Bukit Tunjong Dan Bukit Temiang Terbakar

PADANG BESAR, 18 Feb (Bernama) — Lebih dua hektar kawasan hutan dan kebun di antara  Bukit Tunjong dan Bukit Temiang yang terbakar mulai 4 petang semalam berjaya dikawal dan dipadamkan kira-kira 12 tengah malam tadi.

Komander (Operasi) daripada Balai Bomba dan Penyelamat  Kangar Mohd Faizal Abu Shahid berkata api marak begitu cepat berikutan angin  kuat dan cuaca kering yang menyukarkan kerja memadamkan kebakaran itu.

“Kami terpaksa menggunakan ‘water spray’ dan ‘fire beater’ kerana tekanan air yang rendah dan jauh dari pili bomba,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Mohd Faizal berkata sebanyak 24 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar ditugaskan untuk  memadam kebakaran dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, pemilik kebun buah-buahan di Bukit Tunjong, Ong Beng Guan, 67, berkata dia hanya menyedari sebahagian daripada kebunnya yang seluas kira-kira 3.2 hektar  terbakar  pada 8 malam setelah dimaklumkan oleh penduduk kampung.

“Ini adalah kali kedua kebun buah-buahan saya terbakar, kejadian pertama pada tahun lepas … saya bercadang untuk memasang  paip air dan penyembur air bagi mencegah kebakaran pada masa depan,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih  kepada penduduk kampung yang sudi membantunya serta pihak bomba.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.