Siakap Keli

Covid-19: Pesakit Pertama Didakwa Tiada Kaitan Dengan Pasar Makanan Di Wuhan

Pesakit pertama yang didiagnosis menghidap koronavirus telah dilaporkan merupakan seorang pesara yang terlantar kerana strok dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pasar makanan di Wuhan iaitu tempat di mana bermulanya virus itu.

Laporan yang dikeluarkan oleh BBC mendedahkan segala maklumat dalam penyelidikan perubatan terdahulu yang telah mendorong orang Cina untuk membuat spekulasi tentang kemungkinan sumber alternatif penyakit maut itu.

Pada hujung minggu, makmal virus misteri tersebut telah menjadi perhatian media sosial di China selepas akaun dalam talian mencadangkan bahawa virus maut telah datang dari sana. Ia merupakan tuduhan yang dinafikan dan dianggap sebagai khabar angin oleh institut yang dikendalikan oleh kerajaan.

Pakar-pakar di BeijingĀ  mendakwa bahawa virus yang membunuh ramai mangsa itu bermula di Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan. Mereka percaya virus itu tersebar kepada manusia melalui hidupan liar yang dijual sebagai makanan.

Kredit Foto: Daily Mail

Virus yang secara rasminya dikenali sebagai COVID-19 telah membunuh sekurang-kurangnya 2, 011 orang dan jumlah mangsa yang dijangkiti melebihi 75,000 orang di seluruh dunia sejak ia muncul di Wuhan akhir tahun lalu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa