Siakap Keli

Jepun Pilih Syarikat Malaysia Jadi Pembekal Makanan Halal Sukan Olimpik 2020

Sebuah syarikat di ibu negara,  Malaysia sedang menyediakan beribu-ribu makanan halal yang sedia untuk dimakan, pelbagai variasi nasi goreng hingga beriani ayam, dihantar ke Jepun untuk acara sukan terbesar di 2020.

Produk dari firma makanan MyChef, dijangka menjadi pilihan utama pelancong-pelancong Muslim ke Jepun untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik, yang berlangsung diantara Julai hingga September.

“Ini  adalah salah satu platform dan peluang besar bagi kami,

”Kami tidak merancang untuk hadir dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik sahaja. Kami mahu meneroka peluang jangka pangjang disini” kata Ahmad Husaini Hassan, pemilik MyChef .

Malaysia mahu menggunakan Sukan Olimpik sebagai batu loncatan untuk meningkatkan eksport halal, termasuk produk makanan dan kosmetik, kira-kira satu perlima kepada USD 12 bilion (USD 1 = RM 4.16) tahun ini.

Ia mengeksport barangan halal bernilai USD 604 juta ke Jepun pada tahun 2018, 90 peratus daripadanya produk makanan dan bahan makanan.

Malaysia adalah satu-satunya negara yang telah mencapai perjanjian kerjasama halal dengan Tokyo untuk Sukan Olimpik.

MyChef merancang untuk meningkatkan pendapatannya kepada USD 1 juta tahun ini. Ia sedang berbincang dengan peruncit Jepun Aeon untuk bersama-sama membangunkan makanan halal dan makanan ringan yang sedia dimakan, kata Ahmad Husaini.

Perdagangan halal Malaysia kini tertinggal jauh di belakang negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat, China dan Brazil. Nilai pasaran halal global dijangka mencecah USD 2.6 trilion menjelang 2023, hampir dua kali ganda berbandin 2017, menurut firma penyelidikan dan penyelidikan data berasaskan Dublin.

Kerajaan Malaysia menyasarkan hasil jualan produk dan makanan halal sebanyak USD 300 juta sepanjang Sukan Olimpik berlangsung.

Malaysia juga mendapat ruang khas, “Malaysia Street 2020″, yang akan menawarkan peluang untuk menjual makanan selain peluang untuk meneroka peluang baru dengan syarikat pembeli dan pengedar dari Jepun.

”Ada banyak perkara yang kami boleh belajar daripada pihak berkuasa Malaysia dan sebagai balasan, syarikat Malaysia mempunyai peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka disini,” kata Hideto Nakajima, Kaunselor Ekonomi di Kedutaan Jepun di Malaysia.

Jumlah pelancong ke Jepun dari Asia Tenggara, rantau dengan penduduk Islam terbesar di dunia, telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan peraturan visa yang lebih longgar.

Dengan Jepun merancang untuk menarik lebih 40 juta pelancong ke negaranya, Malaysia menjangkakan 8 juta daripadanya merupakan pelancong Muslim.

Untuk HQC Commerce, antara empat firma yang dipilih untuk membawa jenama Halal Malaysia ke Jepun, Sukan Olimpik dilihat sebagai ‘batu loncatan’ untuk sesuatu yang lebih besar.

”Kita tahu bahawa semasa Sukan Olimpik permintaan akan meningkat tinggi, jadi ini adalah masa untuk kita mempromosikan produk Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Shahril Hamzah.

Sumber : Channel News Asia

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.