Siakap Keli
Kredit Foto: Suara.com

Kenali ‘Morning Surge’, Serangan Jantung Yang Boleh Berlaku Waktu Pagi

Serangan jantung dilihat menjadi salah satu penyebab kematian yang sering kali kita dengari. Walaupun pengamalan gaya hidup sihat telah dilakukan, keadaan jantung juga seharusnya sentiasa diperiksa.

Menurut laporan Kompas.com, serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang kaya oksigen mengalir ke bahagian otot jantung tersumbat secara tiba-tiba sehingga jantung tidak mendapatkan oksigen.

Kita juga pasti telah menyaksikan bahawa banyak serangan jantung yang berlaku pada waktu pagi. Sebenarnya wujud satu istilah bagi serangan jantung yang sedemikian, morning surge merupakan keadaan ketika tekanan darah naik pada waktu pagi.

Individu yang mengalami morning surge mempunyai risiko lebih besar untuk terkena serangan jantung atau serangan strok pada waktu pagi disebabkan oleh tekanan darah mereka yang meningkat.

Kredit Foto: Tribun Wiki

Pakar juga seringkali mengaitkan serangan jantung pada waktu pagi sebagai circadian ryhthm iaitu yang melibatkan peningkatan dalam rembesan hormon tertentu yang digerakkan oleh circadian terutamanya epinefrin, norepinephrine dan kortisol. Keadaan ini mencetuskan peningkatan oksigen dan tekanan darah.

Faktor-faktor ini dapat meningkatkan aktiviti sirkulasi. Pengeluaran sel progenitor endothelial juga mempunyai peranan penting dalam membaiki lapisan saluran darah.

Gejala Morning Surge

Kebiasaannya, individu yang mengalami serangan jantung akan merasakan rasa sakit yang kuat di dada. Sakit tersebut juga boleh melarat hingga ke lengan, leher dan punggung.

Gejala umum lain yang biasanya dialami adalah sesak nafas, berpeluh, mual, jantung berdegup dengan laju dan penurunan tekanan darah.

Keamatan gejala ini bergantung kepada saiz otot yang terjejas kerana serangan jantung. Sesetengah orang tidak mengalami sakit apabila mereka mengalami serangan jantung. Kes ini boleh didiagnosis melalui ujian electrocardiogram (ECG).

Berdasarkan hasil penyelidikan dari jurnal Heart yang menyelidik lebih daripada 800 orang pesakit serangan jantung di Sepanyol, serangan jantung yang berlaku pada waktu pagi lebih teruk berbanding mereka yang mengalami serangan jantung pada siang dan malam hari.

Mereka mendapati bahawa 21 peratus daripada kematian dalam kes yang dikumpulkan berlaku pada waktu pagi.

Pakar mengatakan bahawa kitaran wake-up semulajadi boleh menjelaskan perbezaan risiko, tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa