Siakap Keli

Ketagihan Telefon Bimbit Sebabkan Otak Seseorang Berubah Secara Fizikal

Kajian mendapati bahawa ketagihan telefon pintar secara fizikalnya mengubah bentuk dan saiz otak manusia melalui cara yang sama dengan organ penagih dadah.

Imej yang diambil oleh pengimbas MRI mendedahkan otak individu yang ketagih telefon pintar mempunyai jumlah bahan kelabu yang lebih rendah di beberapa bahagian utama otak.

Kredit Foto: Daily Mail

Imej itu juga mendedahkan penurunan aktiviti dalam otak individu yang ketagihan telefon pintar berbanding dengan orang yang tidak ketagih.

Corak dan trend yang sama dengan bahan kelabu juga berkurangan sama seperti yang direkodkan dalam fikiran penagih dadah.

Penyelidik Jerman meneliti 48 peserta menggunakan imej MRI iaitu 22 orang dengan ketagihan telefon pintar dan 26 orang yang tidak ketagih telefon pintar.

Ini merupakan bukti fizikal pertama mengenai hubungan antara penggunaan telefon pintar dan perubahan fizikal ke otak.

Menerusi kajian di dalam jurnal Addictive Behaviors, penulis dari Universiti Heidelberg berkata bahawa kajian tersebut mempersoalkan mengenai kesan-kesan telefon pintar sekurang-kurangnya pada individu yang mungkin berisiko tinggi untuk mengembangkan tingkah laku ketagihan yang berkaitan dengan telefon pintar.

Ketagihan telefon pintar adalah kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan saintis dan pakar perubatan profesional kerana kanak-kanak pada masa kini dilihat lebih banyak meluangkan masa dengan melayari telefon pintar.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story