Siakap Keli
Foto: BCL ig

Kisah Cinta Bunga Dan Ashraf Sinclair, Dari Awal Pertemuan Hingga ‘Pemergian’ Yang Memisahkan

Ikatan suami isteri yang dibina hampir 12 tahun membuatkan pasangan Bunga Citra Lestari dan Allahyarham Ashraf Sinclair menjadi pasangan yang paling romantis tanpa kontrovesi.

Namun, keluarga ini ditakdirkan untuk berpisah di dunia dan hanya tinggal kenangan manis sahaja. Berikut adalah kisah perjalanan cinta Bunga Citra Lestari dan Asharaf Sinclair yang penuh harmoni dan romantis.

Momen awal kisah cinta antara Ashraf dan Bunga…

Menurut CNN Indonesia, pasangan ini bertemu sewaktu BCL mempromosikan satu album yang bertajuk Cinta Pertama di Kuala Lumpur. Memang benar jodoh itu rahsia Allah. Dalam satu program Arwah Ashraf telah menggantikan rakannya untuk menemu bual BCL.

Kisah cinta Bunga dan Ashraf ini berlarutan hingga tahun 2008 dan pada bulan November 2008 dengan sah, BCL menjadi isteri kepada arwah Ashraf di Masjid al Bina Senayan, Jakarta.

Arwah Ashraf Sinclair telah menarik perhatian rakyat Indonesia ketika bercinta bersama BCL. Kisah cinta mereka seperti sebuah cerita dongeng hanya kematian sahaja dapat pisahkan mereka.

Pada tahun yang sama, pasangan suami isteri ini digandingkan bersama dalam sebuah filem Indonesia berjudul Saus Kacang.

Saya bingung, Bunga ini model apa di Indonesia. Ketika wawancara berlangsung, saya sudah salah sebut nama. Saya fikir namanya Bunga Cinta Lestari. Ternyata Bunga Citra Lestari. Saya malu. Tapi ada satu yang tidak pernah saya lupa pada perteman itu adalah auranya yang kuat. -Arwah Ashraf Sinclair

Pada tarikh 22 September 2010, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Noah Sinclair.

Selepas hampir 12 tahun menjalani bahtera perkahwinan dan dikurniakan seorang cahaya mata, keluarga ini diuji dengan kehilangan orang tersayang iaitu suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Semoga arwah berada disisi orang yang beriman dan tenang di Sana.

 

Sumber: CNN Indonesia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)