Siakap Keli

Kucing Bunting Dibunuh Kejam, Mata Dikorek & Dibakar, Didakwa Untuk Tujuan Pemujaan

Di dunia ini, kita berkongsi kehidupan dengan pelbagai makhluk lain. Salah satunya adalah mahkluh bernama haiwan seperti kucing, arnab dan sebagainya.

Kita dan binatang adalah saling memerlukan dan sesetengah menjadi sumber makanan kepada kita.

Terbaru, menerusi posting di laman Facebook, seekor kucing betina sarat bunting ditemui dalam keadaan menyayat hati. Dibunuh kejam dengan kedua biji mata dikorek keluar dan badan dibakar.

Apa yang mengejutkan,  Persatuan Haiwan Malaysia mendakwa kucing malang berkenaan dijadikan bahan pemujaan apabila beberapa peralatan pemujaan seperti lilin dan colok ditemui di tempat jasad bangkai kucing dibakar.

Insiden ini dikatakan berlaku pada 17 Februari 2020 di sebuah kawasan di Johor Bahru, apabila bangkai kucing betina yang sarat bunting ini yang telah 3 hari hilang dari perkarangan rumah pemilik ditemui berdekatan rumah jirannya sendiri dalam keadaan amat hiba.

Setelah diperiksa keliling kawasan. Tiada kesan kemalangan jalan raya mengakibatkan kucing betina bunting ini seperti darah di atas tar jalan. Tubuh kucing malang ini juga tidak menunjukkan kesan kemalangan seperti pecah bahagian kepala, kemekan wajah atau tubuh akibat digilis roda kenderaan.

Ia dibunuh dengan kejam terlebih dahulu dengan kedua matanya dikorek keluar dan sebelah matanya masih tergantung terjuntai keluar dengan kesan darah.

Animal Malaysia ketika dihubungi oleh pemilik kucing tersebut dengan kejadian telah memaklumkan kepada Ketua Animal Malaysia Negeri Johor Puan Veda Shree Shan supaya hal ini telah dirujuk pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor agar satu siasatan khas untuk mengenal pasti yang zalim tersebut.  Satu laporan Polis telah dibuat oleh pemilik sebagai prosedur agar siasatan dibuat mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sesiapa sahaja yang dapat membantu siasatan ini dengan memberi pembuktian pelaku yang disyaki. Mohon tampil supaya proses keadilan dapat ditegakkan terhadap kucing betina bunting yang mati akibat dizalimi ini. Animal Malaysia menawarkan ganjaran RM5,000.00 jika kes berjaya dirungkai sehingga ke peringkat dakwaan dan berjaya dijatuhi hukuman.

Segala info kezaliman ini bileh diajukan terus ke Whatsapp Hotline +601120901097. Maklumat lengkap dan sahih amat membantu menguatkan penyiasatan. Maklumat diri saksi dirahsiakan sepenuhnya.

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.