Siakap Keli
Gambar Hiasan via Daily Mail

Pemain Bola Amatur Digantung 5 Tahun Lepas Gigit ‘Alat Sulit’ Lawannya

Seorang pemain bola sepak amatur telah digantung selama 5 tahun daripada menyertai sebuah liga tempatan di selatan Perancis gara-gara menggigit alat sulit pesaingnya.

Kejadian itu dilakukan selepas perlawanan divisyen kedua diantara dua pasukan dalam liga tempatan pada 17 November lalu.

Menurut laman berita tempatan di Lorraine, seorang pemain daripada kedua-dua pasukan mula bergaduh, kemudian datang seorang pemain yang cuba untuk meleraikan mereka. Namun pemain lawan itu bertindak menggigit alat sulit pemain yang hendak meleraikan tersebut.

Menurut Daily Mail, mangsa terpaksa menerima 10 jahitan dan berehat selama 4 hari. Mangsa juga turut digantung selama 6 bulan kerana kerana terlibat dalam pergaduhan itu.

Gambar hiasan via Google

Memandangkan kes tersebut agak luar biasa, jawatankuasa disiplin terpaksa merujuk kepada pakar terlebih dahulu sebelum menggantung pemain itu selama 5 tahun.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 yang sepatutnya dapat menyumbang mata pertama dalam musim ini kepada pasukan tuan rumah namun sebaliknya mereka telah didenda dengan 2 mata penalti serta bayaran denda sebanyak 200 euros kerana gagal menjalankan kewajipan sebagai tuan rumah untuk mengawal kekecohan itu.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa