Siakap Keli
Kredit: Google

Polis Perak Siasat Insiden Anggota Bertengkar Di Balai Sampai Acu Pistol

IPOH, 19 Feb (Bernama) — Polis sedang menyiasat insiden pertengkaran membabitkan seorang anggota polis lelaki dan wanita sehingga mengacukan pistol di Balai Polis Pekan Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata pertengkaran itu berlaku akibat salah faham berhubung tugas dan siasatan yang akan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota wanita terbabit yang mengacukan pistol kepada anggota lelaki, Razarudin berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dengan mendapatkan keterangan daripada saksi.

“Kita tengah siasat daripada saksi-saksi, cuba mendapatkan keterangan ada atau tidak kejadian sebegitu (acu pistol) tetapi yang kita tahu ketika kejadian kedua-dua anggota sedang bertugas dan ketika ini mereka masih bertugas,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang semalam, difahamkan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua anggota polis itu yang bertugas di Balai Polis Pekan Baru dan anggota polis wanita dikatakan hilang pertimbangan sehingga bertindak mengacukan pistol ke arah rakan setugasnya itu.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.