Siakap Keli

Tempoh Kuarantin 14 Hari Tamat, Penumpang Diamond Princess Mula ‘Turun’ Kapal

Penumpang yang disahkan negatif Covid-19 mula dibenarkan meninggalkan kapal persiaran Diamond Princess itu pada Rabu.

Ini merupakan pertama kali penumpang dibenarkan meninggalkan kapal itu berikutan dikuarantin selama 14 hari, tidak termasuk orang yang dirawat di bawah serta lebih 300 warga Amerika Syarikat (AS) yang dibawa pulang dan dikuarantinkan di AS.

Terdapat sejumlah 545 kes Covid-19 telah dilaporkan dijangkiti penumpang kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin di Tokyo itu, dengan 88 kes baharu yang disahkan terjadi pada Selasa.

Menurut kapten kapal itu, penumpang berusia 70 tahun yang pernah disyaki dijangkiti sebelum ini telah disahkan negatif dan merupakan penumpang pertama yang keluar dari kapal tersebut.

Segelintir daripada penumpang itu dilaporkan akan dipindahkan ke pusat perubatan di sekitar kawasan itu manakala yang lain lagi dijangka akan menaiki penerbangan untuk pulang.

Sebaik sahaja semua penumpang turun daripada kapal tersebut, mereka baru boleh dibenarkan meninggalkan pelabuhan itu.

Pada Isnin, seramai 14 orang warga Amerika Syarikat telah disyaki dijangkiti dengan virus itu kerana menunjukkan simptom selepas meninggalkan kapal tersebut.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Peyakit Berjangkit AS (CDC) mengulas Jepun atas langkah kuarantin yang dibuat dan menyatakan bahawa langkah untuk menghalang transmisi penyakit di dalam kapal itu mungkin tidak mencukupi.

Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa