Siakap Keli

Wanita Di Arab Saudi Kini Bebas Merokok Di Khalayak Umum

Sebuah pemandangan yang tak biasa dilihat kini sedang terjadi di Arab Saudi. Dalam pemandangan tersebut, kelihatan kaum wanita di negara pengeluar minyak itu bebas merokok di khalayak umum.

Perbuatan wanita Arab Saudi merokok di khalayak umum itu belum pernah lagi terjadi sebelum ini. Menurut akhbar Japan Times, perbuatan itu dibuat sebagai simbol kebebasan.

Diketahui sebelumnya, sejak abad ke-20, telah terjadi fenomena feminisme ala barat di Arab Saudi yang menyaksikan terjadinya perubahan sosial di negara itu.

Sejak perubahan sosial terjadi di Arab Saudi, para wanita didakwa mula cuba merokok, menghisap shisha, serta menghisap rokok elektronik sebagai simbol kebebasan.

Menurut Makassar, wanita merokok di khalayak umum telah menjadi satu perkara yang biasa sejak beberapa bulan ini.

Fenomena tersebut dimulai sejak negara yang mengamalkan sistem monarki ini melakukan reformasi.

Pelbagai reformasi ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman bertujuan untuk menerapkan imej business-friendly di Arab Saudi.

Menurut Japan Times, Wanita di Arab Saudi kini dibenarkan memandu, hadir ke acara sukan dan konsert, serta boleh memiliki pasport tanpa perlu persetujuan wali yang sah.

Gambar hiasan

Sebuah temu bual telah dilakukan oleh laman AFP dengan seorang wanita Arab Saudi, dia tidak kisah merokok di khalayak umum.

Dalam temu bual tersebut, Rima menyatakan bahawa dia sudah menghisap rokok elektronik selama dua tahun.

“Bagi saya, merokok di khalayak umum adalah satu simbol kebebasan. Saya lega kerana akhirnya wanita di Arab Saudi dapat juga melakukan perkara itu,” kata Rima kepada AFP.

Sumber: Makassar

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa