Hidayah adalah milik Allah yang diberi kepada insan terpilih. Menjadi saksi syahadah seorang saudara baru pastinya membuatkan ramai sebak dan terharu.
Baru-baru ini, laman Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berkongsi detik bersejarah pengislaman anggota tentera dalam satu program khas semalam.
Satu majlis bagi meraikan saudara baru telah diadakan di Surau Uthman Ibnu Affan, KD Sri Semporna pada jam 1300H.
Majlis ini telah dipimpin oleh staf agama KAGAT, SSjn Azizi bin Othman yang dimulai dengan kata-kata aluan seterusnya pengucapan lafaz dua kalimah syahadah oleh saudara baru.
Detik pengislaman saudara baru ini telah disaksikan 50 hadirin dari kalangan pegawai, anggota dan warga KDSM yang beragama Islam.
Ia turut dihadiri Pegawai Memerintah KD Sri Semporna, Kapten Ahmad Nazree Bin Abu Hassan TLDM.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan saudara baru yang telah kembali ke agama Islam, acara ini diadakan bagi menzahirkan kseyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan hidayah buat mereka, kata wakil TLDM.
Majlis ini turut mendoakan kesejahteraan warga KDSM seluruhnya semoga dapat membimbing saudara baru kita sebaiknya seterusnya meneruskan perjuangan dalam perkhidmatan ini berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dengan sebaik mungkin demi menjaga nama baik agama, bangsa dan negara.
Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel : PBT Nur Hidayah binti Mat Zapin
Foto : LK PAP (PKL) Burhan bin Samsu