Siakap Keli

Caprice Ajak Orang Ramai Salurkan ‘Kasih Sayang’ Kepada “Baby” Hamzah

Pemergian Abam Bocey secara mengejut ternyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua. Pastinya hati siapa pun akan tersentuh melihat isteri dan anak arwah yang masih kecil, kini telsh kehilangan tempat bergantung.

Menerusi Instagram Caprice, penyanyi rap itu memuat naik satu posting mengajak semua rakyat Malaysia menghulurkan ‘kasih sayang’ dan sokongan moral untuk bantu mereka meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini.

Kata Caprice, biarpun Norhidayah ataupun anaknya Hamzah tidak memerlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi tidak salah untuk semua pihak memberikan sokongan moral untuk mereka meneruskan kehidupan baru tanpa arwah Abam.

Bantu keluarga arwah dengan seikhlas hati

 

 

Rata-rata netizen dilihat menyokong tindakan Caprice dan turut bersama-sama menghulurkan bantuan kepada Norhidayah dan anaknya.

Untuk ‘anakku’ Hamzah

Moga usaha yang baik ini membawa manfaat kepada semua.

Sumber : Instagram capriceofficial

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)