Siakap Keli

Hamis al Gacir Hilang Kaki Kanan Lepas Serangan Bom Di Syria, Terima Kasut Bola Dari Mo Salah

Sejak berpindah ke kelab Liverpool, nama Mohamed Salah menjadi sebutan peminat sukan bola sepak seluruh dunia. Malah, ada yang menggelar beliau sebagai The Egyptian King. Pemain yang berasal dari Mesir itu sudah semakin disayangi penyokong Liverpool.

Terbaru, Mo Salah telah menghadiahkan kasut bola kepada seorang kanak-kanak dari Syria yang bernama Hamis al Gacir. Hamis telah kehilangan kaki kanan yang dipercayai akibat serangan bom di wilayah bergolak di Syria. Walaupun begitu, Hamis tetap bersemangat untuk bermain bola sepak bersama rakannya.

Mohamed Salah menghantar kasut but bola bersama tandatangannya serta poster. Hamis mengambil gambar bersama kasut but tersebut dan menyarung jersi Liverpool.

Sumber: Bleacher Football / Getty Image

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)