Siakap Keli

Ibu Dipercayai Rakam Dera, Heret Anak Untuk Paksa Bekas Suami Rujuk Semula

Emiriah Arab Bersatu, 20 Feb – Seorang wanita dari Filipina yang merakam tindakannya mendera anak perempuannya telah ditahan polis Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Daily Mail, wanita berkenaan bertindak sedemikian dipercayai bagi mengugut bekas suaminya yang merupakan warga tempatan.

Dia didakwa telah memuatnaik beberapa video penderaan di laman sosial untuk mendesak si suami agar berkahwin semula dengannya.

Susulan itu, suspek telah ditahan polis tempatan selepas penonton dan bekas suaminya melaporkan video tersebut kepada pihak polis.

Wanita itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain tetapi mendapat hak penjagaan anak dari perkahwinannya yang lalu.

Dalam video yang tular, kelihatan wanita itu menarik rambut dan menyeret anaknya di atas lantai, membuatkan mangsa kesakitan.

Berdasarkan klip lain, wanita itu mengheret mangsa turun dari tangga dengan menarik kakinya.

Kaki ditarik, mangsa diheret turun tangga. (Kredit: Daily Mail)

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)