Siakap Keli

KKM Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid-19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil

Rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid-19 atas kapal persiaran The Diamond Princess dilaporkan stabil, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu perkongsian di akaun Twitter rasminya.

Sepasang suami isteri berumur 71 dan 66 tahun yang pernah disahkan positif Covid-19 sebelum ini telah dibawa ke Hospital Fujita Nagoya dan dilaporkan stabil.

Seorang lagi wanita warga Malaysia yang berumur 61 tahun telah dilaporkan negatif dan dibenarkan pulang ke Malaysia selepas 14 hari dikuarantin di dalam kapal tersebut.

Kesemua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal itu merupakan seorang krew kapal manakala tiga lagi adalah penumpang.

Walau bagaimanapun, seorang krew kapal itu masih lagi diletakkan di bawah pemantauan pihak berkuasa kesihatan Jepun.

Dalam pada itu, dua lagi pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Malaysia telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.

Kedua-dua mereka itu adalah merupakan kes ke-20 dan ke-21 yang dikesan di Malaysia.

Ini menjadikan sejumlah 17 pesakit secara keseluruhannya telah sembuh dan hanya 5 pesakit sahaja yang masih lagi dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sungai Buloh.

KKM juga turut menyatakan bahawa tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia hari ini dan jumlah kes dijangkiti virus Covid-19 masih lagi kekal sebanyak 22.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa