Siakap Keli

Rasa Seperti ‘Dipukau’, Gadis Jadi Mangsa Rogol Lepas ‘Diumpan’ Makan

Seorang lelaki berumur 43 tahun yang berstatus duda dilaporkan telah ditangkap pihak polis selepas didakwa merogol seorang pelajar sekolah di Purworejo, Jawa Tengah, Indonesia.

Lelaki yang bekerja sebagai pemungut barangan kitar semula itu mendakwa bahawa dia tidak kuat menahan dirinya selepas berpisah dengan isteri.

Pihak polis menyatakan bahawa ketika suspek melakukan perbuatan itu, mangsa tidak menyedarkan diri.

Difahamkan, suspek mula bertemu dengan mangsa ketika mereka berdua sedang menunggu untuk menaiki kenderaan awam.

Suspek kemudiannya bertindak mendekati mangsa seterusnya mengajak mangsa ke sebuah pondok untuk berborak dengannya.

Suspek kemudiannya telah mempelawa mangsa untuk pergi makan bakso.

“Selesai sahaja makan, mangsa dikatakan seakan-akan bingung dan menuruti sahaja apa yang disuruh suspek.

Selepas dari itu, mangsa telah diajak untuk ke arah utara dan disuruh minum sebotol air mineral yang dibelinya. Akibat daripada itu, mangsa dipercayai tidak mengingati apa-apa yang terjadi selepas dari itu,” ujar pihak polis.

Dalam keadaan itu, suspek kemudiannya didakwa telah membawa mangsa ke bawah jambatan dan melakukan perbuatannya di tempat tersebut.

Selepas tersedar, mangsa bertindak meminta bantuan orang ramai dan seterusnya dihantar ke balai polis untuk membuat laporan.

Susulan daripada itu, pihak polis yang menerima laporan bertindak menahan suspek di sebuah masjid ketika dia sedang tidur.

Menurut siasatan, suspek difahamkan telah berkahwin sebanyak dua kali namun rumah tangga yang dibinanya itu tidak menjadi.

Suspek juga turut menyatakan bahawa dia tidak berjaya menahan dirinya lantas melepaskan nafsunya itu ke atas mangsa.

Pihak polis melaporkan bahawa suspek kini telah ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman penjara 9 tahun sekiranya didapati bersalah.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa