Siakap Keli
Foto: Udey Ismail

(Video) “Aku Redha, Mungkin Ini Dugaan Aku,” Ayah Sanggup Lupakan Kerjaya Sementara, Demi Jaga Anak Autisme

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Benar kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan seorang ibu dan ayah demi membesarkan amanah Tuhan tiada batasnya. Jika ditakdirkan anak autisme dalam keluarga tersebut, apa yang akan anda lakukan? Sembunyi mereka atau biarkan si kecil terus berada dalam kegelapan dunia mereka sendiri?

Anak ini juga makhluk Allah. Tiada beza dengan anak-anak normal yang lain cuma mereka ini sangat teristimewa.

Seperti kisah seorang lelaki yang begelar ayah kepada seorang anak autisme tidak malu malah mendidik dengan cara kepada anak istimewanya.

Dikenali sebagai Udey Ismail, bapa ini sanggup ‘slow down’ kerjayanya sebagai seorang jurugambar sejak tahun 2005, demi menjaga kebajikan dan meluangkan lebih masa dengan anak autismenya sepenuh masa.

Berdasarkan satu video yang dikongsikan dengan SK, Udey berkata menjaga anak-anak autisme ini memerlukan pergorbanan yang sangat tinggi daripada ibu dan ayah.

Foto: Udey Ismail

Sudah tiga tahun berpengalaman menjaga anak autisme ini dan ingin berkongsi dengan semua orang tentang kehidupan menjaga anak autisme ini. 

Aku dapat tau dia autisme selepas dia berusia 2 tahun. Aku boleh detect daripada perkembangannya. Sebagai seorang bapa, aku sangat susah nak terima kenyataan sehinggakan aku ambil masa sangat lama untuk hadam semua ini.

“Aku redha, aku kena terima dengan hati yang terbuka. Mungkin ini dugaan untuk aku.”

Foto: Udey Ismail

Kalau aku tengok anak orang lain yang sama nasib dengan anak aku, baru aku terfikir. Kalau anak orang boleh kenapa anak aku tak boleh.

Tambahnya lagi, membesarkan anak autisme ini memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam memahami kehendak dan spektrum anak istimewa ini.

Tonton video ini untuk mengetahui secara dekat dan lebih lanjut tentang perkongsiannya.

 

Sumber: Udey Ismail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)