Siakap Keli

(Video) Rakaman Hiba Kanak-Kanak ‘Rayu’ Untuk Bunuh Diri Lepas Jadi Mangsa Buli

Seorang ibu di Australia telah bertindak berkongsikan sebuah video memilukan berkenaan anaknya berusia 9 tahun yang merayu untuk menamatkan nyawanya selepas dibuli kerana ‘dwarfism’.

Wanita tersebut yang berasal dari Brisbane, Australia, telah merakamkan kelakuan anaknya sedang menangis di dalam kereta selepas dia mengambil anaknya itu dari sekolah pada Rabu.

Dia kemudiannya bertindak berkongsikan rakaman video tersebut di laman Facebook miliknya.

Anaknya itu yang mempunyai ‘dwarfism’ dikenali sebagai achondroplasia, telah memberitahu kepada ibunya: “Bagi saya tali, saya nak bunuh diri saya.”

 

Video memilukan yang telah mendapat lebih 3 juta tontonan itu, budak itu ada menyatakan: “Saya mahu tikam jantung saya… Saya mahu seseorang untuk bunuh saya”.

Sambil mencakar-cakar lehernya, dia berkata: “Saya mahu mati….saya mahu cederakan diri saya” sambil ibu yang sedang berang dan kecewa itu menitiskan air mata apabila melihat kelakukan anaknya.

Ibunya juga turut berkongsikan video itu di Facebook kepada umum bertujuan untuk menyedarkan masyarakat berkenaan dengan impak buli terhadap seseorang.

Katanya, pada awalnya dia tidak mahu berkongsikan detik-detik sedih itu kepada umum, namun berubah fikiran setelah kerap kali perlu berhadapan dengan situasi sebegitu apabila dia menjemput anaknya pulang dari sekolah.

 

“Kami cuba untuk kekal positif selagi kami boleh, namun inilah yang terjadi kepada kanak-kanak berusia 9 tahun selepas dibuli,” katanya di dalam video tersebut.

Pada permulaan video yang berdurasi 5 minit itu, Bayles menyatakan: “Saya baru sahaja menjemput anak saya dari sekolah dan terpaksa menyaksikan impak buli terhadap anak saya, saya mahu masyarakat tahu bahawa inilah impak buli. Inilah apa yang buli mampu lakukan.

“Jadi bolehkah anda semua didik anak, keluarga dan kawan-kawan anda berkenaan perkara ini kerana apa yang diperlukan adalah satu lagi contoh…dan anda masih lagi tertanya-tanya mengapa kanak-kanak sanggup membunuh diri.”

“Ini adalah impak buli kepada kanak-kanak 9 tahun yang hanya mahu pergi ke sekolah, belajar dan bergembira, namun setiap hari pasti benda begini terjadi.

Ketika anaknya itu menangis kekecewaan, Bayles sempat merayu bantuan daripada penonton yang menonton video tersebut untuk jadikan kejadian ini sebagai pengajaran serta iktibar agar perbuatan buli dapat dicegah.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa