Siakap Keli
Foto: Dari Video Reuters

(Video) Wanita Segar & Sedar, ”Enjoy” Main Violin Ketika Otaknya Dibedah

Seorang pesakit di sebuah hospital British sedang bermain lagu kegemaran dengan biola kesayangannya sementera tumor otaknya dikeluarkan. Wanita ini berkelakuan begitu kerana tidak mahu dirinya melupakan irama muzik yang bertahan selama 40 tahun dalam dirinya.

Menurut pakar bedah saraf, Prof Keyoumars Ashkan berkata pihak mereka sememangnya sudah tahu akan kepentingan biola itu kepada wanita yang berusia 53 tahun itu. Mereka mengekalkan bahagian otak yang mengawal pergerakan motor otak membolehkannya bermain biola tersebut.

“Kami berjaya mengeluarkan 90 peratus daripada tumor termasuklah bahagian yang dipercayai mempunyai penyebaran agresif namun mereka masih mengekalkan fungsi tangan kiri yang sangat kuat,” jelas pakar tersebut.

“Bermain biola adalah kerjaya saya. Saya telah bermain sejak berusia 10 tahun. Jika ingatan saya hilang, saya mungkin akan lebih kecewa,” ujar wanita ini.

Manurut pakar bedah ini lagi, pasukan King’s College Hospital telah berusaha dari luar jangkaan mereka dalam merancang operasi tersebut untuk mengekalkan wanita ini bermain biola dengan lagu kegemarannya.

Sumber: Time.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang