Siakap Keli

(Video) “Yang Paling Teruk, Macam Mana Boleh Naik Sampai Situ?” Kemalangan ‘Tragis’ Cuit Hati Netizen

Setiap penunggang motosikal sangat terdedah dengan bahaya terutama sekali apabila dalam keadaan cuaca hujan. Pastinya jika penunggang motosikal ini kemalangan, sudah pasti mereka akan mendapat kecederaan walaupun sikit. Malang tidak berbau, kemalangan sering berlaku di mana sahaja.

Seperti perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, Aizat Manshahar tentang kejadian malang menimpa dirinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia tidak mengalami kecederaan serius tetapi ada lagi perkara yang lebih mencuit hati para netizen selepas menonton videonya.

“Ada lah luka-luka tapi…”

Yang paling teruk sekali yang ni ha. Macam mana dia boleh naik sampai situ… Aku dari tempat aku accident tu sampai kat tempat kerja aku pakai gelang kaki adidas hm

Terima kasih mendengar rintihan dan kemusykilan saya. Ni ha abang ni tolong sampai ketap gigi nak keluarkan gelang tu.

Rata-rata netizen bersimpati di samping turut terhibur dengan perkongsian daripada Aizat Manshahar ini.

Sumber: Aizat Manshahar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang