Siakap Keli

(Video)Doktor Sebak Nyanyi Lagu “Birthday” Anak Dari Luar Pintu Kerana Bimbang Jangkitan Covid-19

Hari lahir pastinya tidak sah jika tiada kek yang dihidang di dalam sesuatu majlis itu. Hidangan tersebut seolah-olah sudah sinonim dengan majlis sambutan hari jadi.

Bagi kanak-kanak, sambutan hari lahir sudah pastinya akan disambut meriah oleh ibu bapanya. Di samping dapat menggembirakan anak, majlis sambutan hari lahir juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara ibu bapa dan anak-anak.

Jadi, jika ibu bapa tidak berkesempatan untuk menyambut hari lahir anak mereka, ianya sedikit sebanyak mungkin boleh membuatkan anak mereka itu berasa sedih dan akan rasa seolah-olah tidak dihargai.

Lain pula ceritanya dalam video yang tular ini. Umum telah mengetahui bahawa dunia sedang diancam dengan virus Covid-19 yang telah membunuh ribuan nyawa khususnya di China.

Seorang doktor yang ditugaskan merawat pesakit yang dijangkiti dengan virus maut itu terpaksa menyambut hari kelahiran anaknya itu di luar rumahnya kerana gusar virus tersebut akan menjangkiti anaknya.

Walaupun dia tidak dapat mendekati anaknya apatah lagi memeluk dan menciumnya, namun dia tetap berkesempatan untuk hadir dan ada berdekatan anaknya itu walaupun terpaksa menyambutnya di luar pintu rumahnya.

Dalam video tersebut juga turut dapat didengari suara bapa yang sedang menyanyikan lagu hari jadi kepada anaknya itu sebak selepas beberapa rangkap kata dinyanyikan kerana tidak dapat menyambutnya seperti hari-hari biasa.

Video yang berdurasi selama 24 saat itu dapat menunjukkan kepada kita tentang situasi dan keadaan rakyat China hari ini dalam memerangi virus yang telah membunuh ribuan manusia.

Angka kematian dan kes yang dijangkiti dengan Covid-19 dilaporkan terus meningkat hari demi hari. Sehingga kini, para saintis masih lagi mencari-cari formula untuk mencipta penawar bagi penyakit yang membimbangkan dunia ini.

Sumber: CGTN

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa