Siakap Keli

Ainul Ikut Walid Pergi Kedai Dan ‘Tolong’ Tengok Pelanggan, Buah Hati Ramai Semakin Comel

Perkembangan mengenai Ainul Mardhiah, buah hati kesayangan ramai yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut tahun lalu, sentiasa ditunggu ramai.

Setelah hampir setahun berjaya mengharungi pembedahan di London, adik Ainul Mardhiah kini semakin sihat dan comel dengan teletah yang menghiburkan hati.

Terbaharu, menerusi perkongsian bapa Ainul, Ahmad Safiuddin, dia dilihat sudah pandai duduk dan mula dibawa keluar ke kedai milik keluarga bersama ibu bapanya. Comel sungguh!

Datang kedai tengok walid buat kerja

Dah penat tolong walid

Pipi pau tu nak gigit

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memuji kecomelan Ainul yang dilihat semakin berisi berbanding dahulu.

Tiada doa dari kami selain Ainul, si kecil kesayangan ramai ini terus membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain. Amin!

Sumber : ahmadsafiudinn

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)