Siakap Keli
Kredit Foto: Mothership

Batuk Di Dalam Tren Tanpa Pakai ‘Face Mask’, Penumpang Lain Cemas Tekan Butang Kecemasan

Seorang penumpang di stesen kereta api di Fukuoka, Jepun menekan butang kecemasan selepas melihat seorang penumpang batuk tanpa memakai topeng muka.

Melalui ‘intercom’, penumpang yang menekan butang kecemasan memberitahu staff bahawa seseorang sedang batuk tanpa memakai topeng muka.

Menurut SoraNews, kereta api itu berhenti selepas butang kecemasan diaktifkan kemudian berhenti dalam tempoh yang lama di stesen terdekat iaitu stesen Befu.

Penumpang yang batuk itu menjelaskan kepada staff bahawa dia tidak memakai topeng kerana tidak sempat untuk membelinya.

Dikatakan bahawa kedua-dua penumpang berdamai tidak lama sebelum kereta api seterusnya tiba. Bagaimanapun, kereta api itu ditangguhkan selama tiga minit akibat kekecohan itu.

Gambar: Japan Today

Ketakutan terhadap COVID-19 semakin meningkat di Jepun sehingga acara sukan berskala besar dibatalkan, ditunda atau diubah.

Kementerian Kesihatan Jepun telah meminta penganjur untuk ‘memeriksa semula’ keperluan untuk mengadakan acara besar, amaran risiko jangkitan akan meningkat jika orang awam tidak diberikan ruang peribadi yang mencukupi di kemudahan dalaman.

Sumber: Mothership

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa