Siakap Keli
Kredit: Green Car Reports/Palvelumuotoilupalo

“Bila Kita Dalam Kubur, Kereta Buruk Kita Pun Orang Berebut”, Ini Pentingnya Hibah Sebelum Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wang dan harta sering dikatakan menjadi punca perpecahan ahli keluarga baik sebelum mahupun selepas seseorang meninggal dunia. Oleh itu, penyediaan wasiat dan hibah amat penting buat kita bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan antara keluarga di kemudian hari.

Seorang pensyarah, saudara Azizul Azli Ahmad baru-baru ini tampil memberi beberapa nasihat buat orang ramai berhubung isu ini.

Berikut adalah pesanan beliau.

1. Jika kita masih hidup, sediakan wasiat dan hibah buat keluarga kita.

2. Bila isteri bertanya, “Duit KWSP abang siapa penama?” jangan cepat cepat tuduh mereka gila harta. Mereka perlu bahagikan ikut faraid juga nanti lepas tolak semua hutang kita.

Bukan hak mereka sepenuhnya.

3. Bila isteri minta suami, “Abang dah buat hibah simpanan ASB abang?” jangan cepat tuduh dia mata duitan.

4. Ketika kita didalam kubur, kereta buruk kita pun orang akan rebutkan, apatah lagi simpanan.

5. “Alah adik beradik abang tak macam tu la..!” ketahuilah bahawa sesetengah tempat belajar pun ada kes pencabulan apatah lagi hak anak yatim yang ditinggalkan.

Ini semua tanggujawab kita sebagai suami, lakukan sebelum ajal sampai.

Bagi isteri, buat simpanan, perlindungan sebelum suami meninggal pergi. Sesungguhnya kematian sangat dekat dengan kita kini.

Kredit: Pusaka – Faraid, Wasiat & Hibah/Azizul Azli Ahmad

Apa itu hibah?

Hibah merupakan akad pemberian harta seseorang kepada orang lain secara sukarela semasa hidupnya tanpa mengharapkan sebarang balasan di dunia mahupun akhirat.

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, hibah merupakan amalan sunat yang digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat.

“Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedaplagi baik akibatnya”

(Surah al-Nisa’ ayat 4).

Berikut merupakan ciri-ciri hibah:

  • Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
  • Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
  • Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
  • Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
  • Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu

Alangkah buruknya jika silaturrahim terputus gara-gara perselisihan kerana harta dunia yang sementara, kerana kita semua pasti akan bertemu di ‘sana’ akhirnya.

Sumber: Azizul Azli Ahmad, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.