Siakap Keli

Bilal Cedera Ditikam Seorang Lelaki Ketika Kerjakan Solat Dalam Masjid

Seorang bilal berusia 70 tahun ditikam dalam satu kejadian di sebuah masjid di United Kingdom.

Pasukan Polis Metropolitan berkata pegawai mereka dihubungi pada Khamis untuk ke Masjid Pusat London berhampiran Regent’s Park. Pegawai mendapati seorang lelaki yang mengalami  kesan luka tikaman dan paramedik merawat beliau di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Polis berkata bahawa seorang lelaki telah ditangkap di tempat kejadian kerana disyaki cuba membunuh. Gambar lelaki tersebut yang ditahan polis juga dimuatnaik oleh para pengawal masjid di laman Twitter.

Imej yang dipaparkan di media sosial menunjukkan seorang lelaki berkulit putih yang memakai jubah merah, seluar jeans, dan berkaki ayam direbahkan ke lantai oleh pihak polis di dalam masjid.

Gambar: The Guardian

Serangan itu berlaku kurang dari 24 jam selepas seorang lelaki bersenjata membunuh sembilan orang di Jerman.

Pun begitu, lapor Daily Mail, bilal tersebut masih mampu tersenyum walaupun bahagian bahunya mengalami kecederaan. Menurut salah seorang saksi, mereka tidak pernah nampak kelibat suspek sebelum ini di masjid.

Sumber: Al-Jazeera / Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa