Siakap Keli

“Keluarga Tak Pernah Melawat,” Guru Kongsi Kisah Pelajar Berpantang Bersama Bayi Baru Lahir Dalam ‘Tirai Besi’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja untuk mencurahkan ilmu kepada anak muridnya, malahan guru juga diamanahkan untuk membimbing serta membentuk pelajarnya supaya menjadi seseorang yang berguna di masa hadapan.

Tugas berat yang dipikul oleh setiap guru itulah yang membuatkan pekerjaan itu menjadi mulia. Bagi seorang guru yang bernama Jefri Ali ini pula, pengalamannya dalam menjadi guru banyak memberi pengajaran untuknya.

Katanya, diberikan peluang dapat bertugas di sekolah itu banyak mengajarnya tentang erti hidup. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Pelajar Wanita Sekolah Dalam Penjara Mengandung dan Melahirkan Anak

Pengalaman sebagai guru di Sekolah Dalam Penjara (Sekolah Integriti) banyak memberikan saya pengalaman berharga dalam lebih mengenal Erti Hidup.

Walau apapun kesalahan jenayah yang mereka lakukan di luar, apabila masuk penjara & ditempatkan di sekolah, itu menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik mereka bukan sahaja dari aspek akademik tetapi emosi, rohani & sosial agar mereka insaf & sedar atas kesalahan lampau.

Menerima pelajar wanita mengandung dan terlibat dalam kesalahan dadah

Bulan Disember 2019 menerima pelajar wanita atas kesalahan DADAH yang sarat mengandung. Perasaan kasihan tu memang ada ekoran memikirkan nasib si anak dalam kandungan.

Pada Januari 2020, pelajar tersebut selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel. Terima kasih kakitangan Pegawai Penjara & Hospital yang sememangnya memberikan layanan yang sepatutnya & terbaik bagi saya.

Selamat melahirkan bayi yang comel

Pelajar tersebut selamat melahirkan bayi pada hari jumaat penghulu segala hari. Hati siapa yang tidak sebak melihat anak comel yang tidak berdosa terpaksa tinggal dalam Tirai Besi bersama ibu yang dalam pantang.

Sungguh tidak sama nasib bayi comel itu dengan bayi-bayi lain di luar sana. Semoga Allah merahmati bayi & si ibu muda.

Meminta cadang nama yang cantik

Yang lebih menyentuh jiwa saya sebagai manusia biasa, ibu muda tersebut meminta saya mencadangkan nama yang cantik kepada anaknya memandangkan “teman lelakinya” & keluarga tidak pernah melawat hatta sudah bersalin sekalipun.

Bagai Hilang Dari Radar, Entah ke Mana….selepas diazankan, saya mencadangkan nama ZAHA** ADR**** kepada bayi berkenaan. Sempat saya dukung & kucup pipinya lalu berdoa dalam hati semoga kamu menjadi anak yang boleh mendatangakan kebaikan kepada masyarakat kelak. Hibanya saya rasa masa tu.

Jauhi najis dadah & kehidupan sosial yang melampau

Kepada anak-anak muda di luar sana, sudah-sudahlah menjebakkan diri dalam najis dadah & kehidupan sosial yang melampau sehingga membinasakan diri & anak-anak. Carilah ilmu demi kebaikan yang kekal & membawa manfaat.

Diharapkan ibu bapa & guru memainkan peranan penting dalam mendidik, mengajar & mengatur anak-anak & pelajar sekolah dari bangku sekolah rendah lagi dalam isu-isu seks bebas, dadah, jenayah dan sebagainya.

Semoga keturunan kita kelak baik-baik sahaja.

Sumber: Jefri Ali

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa