Siakap Keli
Kredit: Google/ABC News

Pekerja Terkejut Jumpa 2 Mayat Bayi Di Pusat Kitar Semula

New Jersey, 20 Feb – Dua mayat bayi yang baru lahir ditemui di sebuah pusat kitar semula di sini semalam.

Menurut portal ABC, pihak berkuasa telah menerima makluman dari syarikat kitar semula berkenaan penemuan mayat seorang bayi di sana kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.

Hasil pemeriksaan bahan bukti, pihak polis telah mencari dan menemui satu lagi mayat bayi di kawasan sama enam jam kemudian.

Pasukan perubatan sedang berusaha mengenalpasti maklumat bayi berkenaan termasuk usia sebenar, punca kematian dan sama ada mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Fasiliti kitar semula itu dilaporkan beroperasi 24 jam sehari dan menerima 1,000 tan bahan kitar semula setiap hari.

Siasatan kejadian masih dijalankan.

Sumber: ABC News

Amira

Love yourself.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)