Siakap Keli

Sepupu BCL Dedah Ashraf Belum Sempat Tidur Dan Jalani ‘Jadual Padat’ Sebelum Meninggal

Sepupu Bunga Citra Lestari (BCL), Ivan Permana, menceritakan detik-detik sebelum Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada Selasa lalu.

Beliau berkata bahawa Ashraf dan BCL baru sahaja tiba dari New York, Amerika Syarikat, pada pagi Isnin. Ashraf menemani BCL ke sana untuk menghadiri pertunjukan fesyen Michael Kors dalam acara New York Fashion Week 2020.

Ashraf dikatakan tidak tidur dan terus menjalankan aktivitinya seperti mesyuarat dan lain-lain.

Irvan juga mendedahkan bahawa pada petang Isnin, Ashraf masih sempat untuk menghantar Bunga ke acara Indonesian Idol.

“Ya, tentu saja, jika orang dari Amerika datang ke sini, mereka akan jetlag dan hanya tidur ‘ayam’ sahaja.

Gambar: Trendmaps

“Sehingga subuh, Ashraf masih mempunyai mesyuarat, banyak urusan, pada sebelah petang dia masih perlu menghantar Bunga ke Indonesian Idol,” katanya.

Tambahnya lagi, pada waktu petang Ashraf meneruskan kegiatannya pada hari itu dengan ‘CrossFit’ walaupun Allahyarham belum tidur.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=7UCjgiYOrxU&feature=emb_title

Selepas isterinya pulang dari Indonesia Idol, BCL ada meminta Ashraf untuk membantunya memilih beberapa keping gambar. Namun, ketika usahanya mengejutkan suaminya itu, Ashraf masih belum sedar.

“Bantuin aku dong nih pilih foto. Kamu kok tidur nyenyak banget sih, bentar dong bangun pilih foto”

Menyedari suaminya itu masih tidak sedarkan diri, BCL telah berteriak dengan kuat sehingga menyedarkan ibunya. Apabila ibunya memeriksa ke bilik mereka, ketika itu Ashraf sudah tiada.

Sumber: Tribun Ambon, beepdo.com

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa