Siakap Keli

(Video) Bunga Ajak Pilihkan Gambar Sebelum Arwah ‘Membisu’, Jadi Detik Terakhir Bunga Bersama Ashraf

Memasuki hari ketiga pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, ramai yang masih lagi terkesan akan kematian mengejut pelakon yang terkenal di dua negara, Malaysia dan Indonesia.

Kesedihan isteri arwah, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak mereka Noah Sinclair, mengundang rasa pilu ramai memandangkan keluarga ini sering berkongsi gambar dan video melakukan aktiviti bersama.

Pastinya ramai dalam kalangan peminat di kedua-dua negara ingin mengetahui kronologi disebalik kematian arwah sebelum ditemukan oleh isterinya, BCL, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ivan Permana, sepupu kepada BCL ada mendedahkan kisah sebelum arwah meninggal dunia.

Menerusia video temubual oleh Intens Investigasi, pada minit 9:28 Ivan Permana berkongsi bahawa Ashraf dan Bunga baru sahaja pulang dari New York.

Arwah yang sememangnya dikenali dengan gaya hidup yang aktif, sempat menghantar isterinya ke Indonesia Idol dan menjalani latihan olahraga pada malam harinya.

Pagi isnin  Bunga dan Asyraf baru sampai dari New York, pastinya mengalami ‘jetlag’. Sampai sini terus menghadiri mensyuarat dan menyelesaikan urusan.

Petangnya itu dia sempat menghantarkan Bunga ke Indonesia Idol, habis maghrib sekitar jam 8 malam, dia ke olahraga cross fit.

Mungkin dia penat kerana keadaannya belum tidur waktu itu dan dia melakukan olahraga yang terlalu berat.

Jam 2 malam, Bunga pulang dari Indonesia Idol mereka berdua masih berbual di dalam bilik.

Bunga pergi ke bilik air untuk membuang make-up sambil melihat foto di telefon.

Keluar dari bilik air lebih kurang setengah jam, Ashraf tidur mengiring posisinya.

Kemudian Bunga mengajak Ashraf melihat foto di telefonnya. Dia tak memberi respon, tak jawab.

Bunga kejutkan dia, “kenapa kamu tidur nyenyak sangat ni? Bangun sebentar, tolong pilihkan foto”.

Dia sudah tidak bangun walau dipukul-pukul muka Ashraf tapi tetap tidak bangun.

Kata Ivan, Bunga yang panik menjerit memanggil ibunya untuk melihat keadaan Ashraf dan ternyata dia sudah tidak bernafas lagi.

Menurut Ivan lagi, ketika ibu bunga memeriksa nadi Ashraf ketika itu, arwah sebenarnya sudah tidak ada di rumah. Tetapi, dibawa ke hospital untuk pengesahan.

Moga Allahyarham Ashraf Sinclair ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberikan kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Sumber : Intens Investigasi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)