Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Detik Sebak Isteri Menangis, Kejar Van Bawa Mendiang Suami Maut Akibat COVID-19

Hancur hati seorang isteri melihat mayat suami dibawa pergi. Baru-baru ini, tular di media sosial video detik perpisahan seorang isteri dengan mendiang suaminya yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Pengarah sebuah hospital tempatan di Wuhan, Dr Liu Zhiming, 51 disahkan meninggal dunia Selasa lalu setelah dijangkiti Covid-19.

Dalam video tular, kelihatan keluarga dan rakan-rakan mangsa berkumpul di halaman hospital untuk memberi penghormatan terakhir buatnya sebelum mayat dibawa ke pusat pembakaran.

Seorang individu berpakaian hazmat dipercayai isterinya dilihat cuba mengejar van yang mula bergerak membawa mayat mendiang meninggalkan halaman hospital, lapor Daily Mail.

Isteri mangsa, Cai Liping yang merupakan seorang ketua jururawat dikatakan telah berkali-kali ingin menjaga ketika mendiang sedang tenat, namun ditolak suaminya yang risau andai isterinya dijangkiti virus berbahaya itu.

Wanita itu dikatakan tidak dapat berjumpa suaminya sebulan sebelum mangsa meninggal dunia.

Mangsa disahkan positif Covid-19 pada 23 Januari, dua hari selepas hospitalnya dikategorikan sebagai hospital khusus untuk merawat koronavirus, kata Cai.

“Mungkin hospital berkenaan terlalu sibuk dan dia tidak memberi perhatian (untuk melindunginya),” katanya seperti dilaporkan media.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)