Siakap Keli
Gambar: Google

Berkilat Seperti Baru, Ahli Kimia Kongsi ‘Rahsia’ Bersihkan Dinding ‘Toilet’ Dengan Mudah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penjagaan dinding bilik mandi mungkin dipandang remeh bagi sesetengah orang namun tidak bagi golongan ibu-ibu atau suri rumah yang sentiasa peka terhadap segala kekotoran yang wujud di dalam ruang tersebut.

Walaupun mungkin bilik mandi tidak terbuka dan jarang-jarang sahaja ‘dilawati’ oleh tetamu namun kebersihannya tetap perlu dijaga.

Bagi mengetahui mengenai cara untuk membersihkan dinding bilik mandi dengan berkesan, ikuti perkongsian yang dimuat naik oleh ahli kimia, Fatimah Salim yang menekankan penggunaan peluntur.

BERSIHKAN DINDING KAMAR MANDI DENGAN MUDAH

Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya.

Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.

Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.

AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!

CARANYA:
Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor. Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.

Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.

Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.

PERHATIAN:

1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.

2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.

3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula.

4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis.

Semoga bermanfaat 🌹

ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia

Sumber: Fatimah Salim

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa