Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan : Google

Covid 19: Kes Disahkan Terkini Seorang Pelajar, Pekerja DBS Dibenarkan Pulang

Singapura : Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan satu lagi kes jangkitan COVID-19 di negara itu, melibatkan seorang pelajar di Institut Teknologi Singapura.

MOH berkata, kes terbaharu itu melibatkan pelajar berusia 24 tahun yang berkaitan dengan kes ke-82, seorang wanita berusia 57 tahun rakyat Singapura, di mana kedua-dua mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China.

Pelajar itu kini ditempatkan di bilik isolasi di Hospital Besar Ng Teng Fong, dan beliau telah tidak ke tempat belajarnya sejak mula menunjukkan simptom, kata Kementerian itu dalam kenyataan di sini.

Semantara itu MOH menyatakan 10 lagi kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan pulang dari hospital hari ini, menjadikan kesemua yang telah pulih sepenuhnya kepada 47 orang.

Seorang daripada mereka merupakan kes ke-84, seorang wanita warga Singapura berusia 35 tahun yang telah disahkan dijangkiti COVID-19 dua hari lepas (19 Feb).

Satu lagi kes yang dibenarkan pulang hari ini adalah kes ke-50 iaitu seorang lelaki warga Singapura berusia 62 tahun, yang berkerja di DBS Asia Central di Pusat Kewangan Marina Bay.

DBS telah mengeluarkan 300 pekerjanya daripada Menara 3 Pusat Kewangan Marina Bay, selepas beliau disahkan dijangkiti COVID-19, pada 12 Feb.

MOH berkata, daripada 39 kes disahkan dan masih berada di hospital, kebanyakan mereka dalam keadaan stabil dan semakin pulih, manakala lima lagi dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit penjagaan rapi.

Sehingga 12 tengah hari, MOH telah mengenal pasti 2,696 kontak rapat yang telah dikuarantinkan. Daripada jumlah itu, 1,574 telah melengkapkan tempoh kuarantin mereka.

Sehingga kini enam kes dikaitkan dengan gereja Life Church & Missions Singapura; sembilan dengan kedai ubat  Yong Thai Hang; tiga dengan mesyuarat perniagaan di Grand Hyatt Singapura, lima dengan tapak pembinaan Seletar Aerospace Heights; dan 22 kepada gereja Grace Assembly of God.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: