Siakap Keli

Tangguh Perkahwinan Untuk Tugas, Doktor Hidap Covid-19 Meninggal Dunia

Seorang doktor muda yang terpaksa menangguhkan perkahwinannya untuk memerangi virus Covid-19 telah dilaporkan meninggal dunia.

Peng Yinhua, 29, seorang doktor perubatan pernafasan dan penjagaan kritikal di First People’s Hospital di Daerah Jingxia, Wuhan telah meninggal dunia pada Khamis selepas dia dijangkiti dengan virus Covid-19 ketika dia menjalankan tugas merawat pesakitnya, lapor majlis kesihatan daerah dalam satu kenyataan.

Netizen menzahirkan rasa sedih selepas mengetahui bahawa Peng telah menangguhkan perkahwinannya demi tugas yang diamanahkan. Disebabkan wabak virus ini berlaku, dia tidak berkesempatan untuk menguruskan persiapan majlisnya seperti yang pengantin lain lakukan.

Dia tidak sempat untuk menghantar jemputan serta menempah dewan kahwin bagi melangsungkan perkahwinannya.

Wabak virus tersebut telah mengubah segala rancangannya. Dia terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinannya yang sepatutnya bakal dilangsungkan pada 1 Februari untuk menyertai perjuangan dalam memerangi vorus Covid-19. Dia juga turut didakwa tidak dapat meluangkan masa bersama dengan tunangnya pada cuti musim bunga.

Peng telah diberikan rawatan pada 25 Januari dan keadaannya semakin kritikal sehari berikutnya. Pada 1 Februari, hari dimana sepatutnya dia melangsungkan majlis perkahwinannya, dia telah dibawa ke unit rawatan rapi (icu). Dia dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 9.50pm pada 20 Februari.

Ramai netizen China bersedih atas pemergian Peng dan berharap agar tiada lagi pekerja perubatan barisan hadapan yang terkorban.

“Dia sangat kuat dan optimistik,” kata seorang pesakit yang mengenalinya di hospital tersebut.

“Dia berhak mempunyai masa depan yang cerah dalam kehidupannya. Saya betul-betul berharap agar tidak akan ada mana-mana doktor lagi yang meninggal dunia selepas ini,” tulis seorang netizen di Weibo.

Sumber: People’s Daily, China

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa