Siakap Keli
Gambar:SBS Transit Ltd

“Tindakan Yang Menjijikkan,” Air Liur Meleleh Pada Butang Lif Cetus Kemarahan

Wabak COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih dalam jangka masa yang terdekat apabila 77,903 kes dan 2,360 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia setakat ini.

Pakar dan para doktor di seluruh dunia menasihatkan agar langkah penjagaan perlu dititikberatkan agar virus tersebut tidak berterusan merebak kepada individu yang lain termasuk tidak batuk dan bersin di tempat yang terbuka.

Namun, satu kiriman yang dimuatnaik oleh SBS Transit Ltd di Facebook memaparkan satu gambar kesan ludahan pada butang lif sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Ini adalah tindakan yang menjijikan walaupun dalam keadaan yang biasa. Dalam keadaan sekarang, ianya cenderung kepada kerosakan.

Kejadian yang berlaku di dalam Stesen Rumbia di sistem Lrt Sengkang Timur, Singapura itu memperlihatkan satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Kami ingin menggalakkan penumpang untuk tidak hanya mengamalkan kebersihan diri yang baik tetapi juga memberi perhatian kepada orang lain. Biarkan masyarakat kita selamat dan mencegah penyebaran COVID-19.

Sumber: SBS Transit Ltd

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa