Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Beberapa Mesyuarat Semarakkan Desas-Desus Pengaturan Semula Politik

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Beberapa mesyuarat melibatkan parti-parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berlangsung hari ini  sejak awal pagi ditengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara.

Semua mesyuarat itu telah menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad  yang enggan mengulas semasa perdana menteri berusia 94 tahun itu diserbu pemberita semasa beliau meninggalkan premis itu.

Menyertai Dr Mahathir pada mesyuarat itu ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya; dan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sumber: Bernama

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.