Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Dua Jam Bertarung Nyawa, Detik Cemas Peluncur Berpaut Di Tebing Gunung Elak Jatuh ‘Terhempas’

Satu video mendebarkan menunjukkan seorang peluncur salji terperangkap di tebing bersalji di resort ski Whistler Blackcomb, Kanada.

Peluncur tersebut dilihat bertarung nyawa dengan berpaut pada tebing selama dua jam selepas dia tersangkut di atas gunung tersebut.

Video menunjukkan bagaimana peluncur tersebut terperangkap di tebing curam di kawasan Ladang Spanky di mana dia terdesak untuk bergantung pada permukaan batu untuk mengelakkannya dari terjatuh.

Gambar: Daily Mail

Video yang dimuatnaik oleh seorang jurulatih ski itu telah berlaku beberapa minggu yang lalu dan dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya.

Gambar: Daily Mail

Pun begitu, tidak dapat dipastikan bagaimana peluncur tersebut boleh terperangkap di laluan tersebut. Tidak lama selepas itu enam hingga tujuh orang pengawal tiba dengan tali untuk menyelamatkan lelaki tersebut dan dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa