Siakap Keli

(Video) “Ingatkan Batu,” Gadis Temui Kelapa Dicucuk Paku Di Atas Jalan Raya

Semasa memandu kereta atau menunggang motosikal, kita pasti telah sedaya upaya untuk mengelak dari sebarang kecelakaan yang bukan sahaja boleh memberi kesan kepada kita malahan kepada orang lain juga.

Pun begitu, ada juga sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja melakukan khianat terhadap pemandu dan penunggang motosikal termasuklah meletakkan benda tajam dan merbahaya di atas jalan.

Terbaharu, satu video yang dimuat naik oleh Azarudean di Twitter telah tular. Video itu memaparkan anaknya sedang memegang kelapa yang berpaku.

Ingatkan batu di atas jalan

Menurut Azarudean, pada awalnya, dia dan anak perempuannya menyangka bahawa kelapa tersebut merupakan batu namun terkejut apabila mendapati bahawa ia merupakan kelapa yang dicucuk dengan tiga paku besar.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Bulatan Melawati, Seksyen 13, Shah Alam itu memperlihatkan Azarudean mengambil pendekatan ke balai polis bagi membuat laporan.

Sumber: Azarudean

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa