Siakap Keli

(Video) Rakaman Penunggang ‘Nyaris Maut’ Apabila Hampir Dirempuh Lori

Kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal seringkali berlaku sehingga boleh meragut nyawa mereka. Banyak  faktor yang menyebabkan kemalangan tersebut namun penunggang motosikal juga perlu lebih berhati-hati agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Satu kejadian terbaru yang membabitkan penunggang motosikal telah dikongsikan di dalam laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS. Video yang berdurasi selama 22 saat itu memperlihatkan seorang penunggang motosikal yang hampir ‘menempah maut’ apabila nyaris dilanggar oleh sebuah lori yang sedang bergerak.

Melihat kepada rakaman tersebut, motosikal itu seakan sudah dilanggar di bahagian belakang. Pun begitu, motosikal itu yang terus mengubah haluannya terselamat daripada dirempuh oleh kenderaan berat tersebut.

Rakaman tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen yang khuatir sekiranya penunggang tersebut berisiko mati sekiranya benar-benar dirempuh.

Pun begitu, lokasi kejadian yang dirakam melalui dashcam itu masih tidak diketahui.

Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal boleh dikatakan kerap kali berlaku. Disebabkan itu, penunggang motosikal perlulah sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling ketika berada di atas jalan raya.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa