Seorang pelajar dilaporkan telah menjadi mangsa penderaan seksual kepada sepasang suami isteri di Brebes, Jawa tengah, Indonesia.
Bukan itu sahaja, mangsa juga dipaksa untuk menerima satu suntikan khas bagi mencegah kehamilan.
Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Kanak-Kanak Polis Brebes, Puji Haryati menyatakan bahawa suspek wanita tersebut pernah membawa mangsa berjumpa dengan bidan untuk disuntik dengan ubat yang boleh mencegah kehamilan.
Hal tersebut dilakukan sebelum mangsa dipaksa untuk melakukan hubungan seks bersama-sama dengan pasangan suami isteri itu.
Bagi memastikan permintaannya itu dituruti mangsa, suspek wanita tersebut bertindak mengumpannya dengan sejumlah wang besar yang bernilai 5 juta Rupiah.
“Yang minta untuk melakukan hubungan seks secara bertiga itu ialah isterinya,” kata Puji.
Setiap kali selepas melakukan hubungan seks, suspek selalunya akan memberikan duit kepada mangsa.
Kegiatan licik mereka itu berjaya ditutup rapi oleh kedua-dua suspek. Malahan, makcik mangsa pernah juga bertanyakan keberadaan mangsa kepada suspek, namun persoalannya itu tidak berjaya menemukan jawapan yang dicarinya. Kedua-duanya mengaku tidak pernah melihat mangsa.
“Pernah makcik mangsa nampak mangsa berjalan menuju ke arah rumah suspek.”
“Namun, ketika ditanya, suspek menjawab tidak pernah nampak mangsa,” kata Puji.
Suspek lelaki yang telah ditahan pihak polis itu mengaku bahawa dia sudah ‘bersama’ dengan mangsa sebanyak sembilan kali.
Dua daripadanya dibuat bersama-sama dengan isterinya.
Selain melakukan perbuatan tersebut di rumah kosong, suspek lelaki itu juga mengaku bahawa dia pernah membawa mangsa ke sebuah hotel di Purwokerto.
“Sembilan kali kami pernah bersetubuh. Dekat rumah dan hotel.”
“Isteri saya yang mula meminta untuk melakukan hubungan seks secara bertiga,” ujar suspek lelaki itu.
Ketika ditahan, polis juga turut menjumpai dan merampas sejumlah barang bukti seperti seluar serta pakaian dalam mangsa.
Selain daripada itu, polis juga turut menemui barang-barang kegunaan sihir seperti anak patung dan keris yang dipercayai digunakan untuk mengugut ingin santau mangsa sekiranya dia tidak menuruti permintaan suspek.
Sumber: Tribun