Siakap Keli
Gambar: Reuters

Warga Jepun Disahkan Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Indonesia

Seorang lelaki warga Jepun telah disahkan positif dijangkiti wabak novel koronavirus (COVID-19) selepas dia pulang daripada Indonesia, lapor agensi berita NHK.

Menurut NHK, majlis perbandaran Tokyo telah memaklumkan pada Sabtu bahawa seorang penduduk Tokyo yang berusia 60 tahun telah dijangkiti dengan virus Covid-19.

Lelaki tersebut merupakan seorang pekerja di sebuah pusat jagaan orang tua-tua. Dia telah berkunjung ke pusat kesihatan pada 12 Februari selepas dia berasa tidak sihat, namun dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama kerana tidak didiagnos dengan pneumonia.

Dia kembali bekerja di pusat jagaan orang tua-tua itu pada 13 Februari. Pada 14 Februari pula dia berada di rumah dan pada 15 Februari pula dia telah dilaporkan bercuti ke Indonesia bersama keluarganya.

Laporan daripada NHK walau bagaimanapun tidak menyatakan tentang mana-mana lokasi tepat di Indonesia yang dikunjungi oleh lelaki itu.

Lelaki tersebut telah dimasukkan ke hospital sejurus selepas dia pulang ke Jepun pada 19 Februari kerana mengalami masalah sukar bernafas, dan dia juga dilaporkan sedang kritikal.

Sebuah kenyataan media daripada Pusat Rawatan Penyakit Berjangkit Tokyo yang dimuat naik di laman web rasminya menyatakan bahawa, seorang penduduk Tokyo yang berusia 60 tahun telah disahkan positif dijangkiti virus Covid-19 dan simptom yang ditunjukkan olehnya telah berlaku sejak 12 Februari lalu.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak menyebutkan tentang mana-mana rekod perjalanannya ke Indonesia. Ia hanya menyatakan bahawa lelaki tersebut tidak pernah ada rekod berkunjung ke China sepanjang 14 hari sebelum simptom penyakit itu berlaku kepadanya. Keadaan pesakit itu juga turut disenaraikan sebagai ‘serius’.

Kes tersebut merupakan kes kedua pesakit disahkan positif Covid-19 selepas berkunjung ke Indonesia. Yang pertama terjadi kepada seorang lelaki China yang dikenali sebagai Jin, dia telah disahkan positif dijangkiti dengan virus itu awal bulan ini, lapan hari selepas dia pulang daripada Bali.

Sumber: The Jakarta Post

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa