Siakap Keli

Amanah Sokong Penuh Tun M Kekal Perdana Menteri – Mat Sabu

Susulan isu hangat yang melanda politik di negara ini, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan bahawa menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga turut mendoakan Allah memberi kekuatan kepada Tun Mahathir untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

KENYATAAN MEDIA SEGERA PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA

AMANAH SOKONG PENUH TUN M KEKAL PERDANA MENTERI

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin Pakatan Harapan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada YBhg Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan YBhg Tun untuk Malaysia yang lebih baik.

MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

24 Feb 2020

Sumber: Mohamad Sabu

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)