Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan terkini, mengisytiharkan keluar dari Keadilan dan muafakat Pakatan Harapan bersama 10 lagi Ahli Parlimen.
Sepuluh anggota lain yang keluar ialah Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).
Menurut Azmin, kesemua mereka akan membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.
Sebelum itu, Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin telah dipecat dari parti tersebut berkuatkuasa serta-merta hari ini.
Ianya dipercayai susulan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah pentadbiran baharu untuk menerajui kerajaan di Putrajaya sejak Jumaat lalu.
Satu mensyuarat khas dan tertutup yang mencetuskan tanda tanya ramai, turut diadakan malam tadi di sebuah hotel di Petaling Jaya, dihadiri oleh beberapa pemimpin utama parti politik kerajaan dan pembangkang.
Laporan lanjut menyusul
KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2020Kami, Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengisytiharkan keluar…
Posted by Azmin Ali on Sunday, 23 February 2020
Sumber : Azmin Ali