Siakap Keli
Gambar: Bernama

”Saya Puas Hati Dengan Pendirian Dr Mahathir..” – Anwar Ibrahim

Petaling Jaya : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau berpuas hati dengan pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai prinsip yang diambil pemimpin itu susulan perkembangan politik semasa tanah air.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Anwar berkata beliau telah berjumpa dengan Dr Mahathir di kediamannya dan telah berbincang beberapa perkara.

“…dan saya puas hati dengan pendirian dia (Dr Mahathir) bahawa prinsip harus kita utamakan,” katanya kepada pemberita setibanya di ibu pejabat PKR bagi mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat parti itu.

Ketika ditanya sama ada akan berlaku perubahan kerajaan,  Anwar berkata : “Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yang lepas”.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.